Lms Esport Pengurusan Acara Dan Kejohanan E-Sukan
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Pengurusan Acara Dan Kejohanan E-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang cara merancang, mengurus dan melaksanakan acara e-sukan secara teratur dan profesional. Peserta mempelajari aspek penting seperti penyediaan jadual pertandingan, pengurusan peserta, penggunaan platform kejohanan, pengendalian siaran langsung, promosi acara serta penyelesaian masalah semasa pertandingan. Modul ini membantu meningkatkan kemahiran organisasi, komunikasi dan kerja berpasukan untuk memastikan kejohanan e-sukan berjalan lancar dan berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: